awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/12/2024
10:07 MYT
Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Pensyarah Universiti Malaya (UM) yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini, telah diambil tindakan tahan kerja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Malaya (UM) yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini, telah diambil tindakan tahan kerja.
Pusat Komunikasi Korporat UM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“Universiti Malaya akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” menurut kenyataan itu lagi.
Baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes dakwaan gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari berkata semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM.
"UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak," menurut kenyataan tersebut.
KPT berkata individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis dan siasatan turut dijalankan pihak berkuasa, sehubungan itu semua pihak diseru agar memberikan ruang supaya siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Pensyarah UM
#tindakan tahan kerja
#universiti malaya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan