awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli

Bernama
Bernama
09/02/2026
20:20 MYT
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Dr Zulkifli berucap pada majlis Perasmian Multaqa Panel Pakar Ensiklopedia Fiqh Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Projek penterjemahan Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, iaitu antara ensiklopedia fiqh yang paling lengkap disasar untuk diterbitkan sepenuhnya menjelang 2028.

Ringkasan AI
  • Projek penterjemahan Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, ensiklopedia fiqh terbesar, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028 dengan melibatkan 40 penterjemah dan telah menyiapkan lebih 30 jilid setakat ini.
  • Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menyatakan projek itu adalah inisiatif terbesar DBP untuk memartabatkan ilmu Islam dalam bahasa Melayu, membolehkan akses orang awam memahami fiqh dengan lebih mudah.
  • Usaha penyebaran bahan keilmuan Islam termasuk edaran lebih 500,000 naskhah al-Quran ke seluruh dunia menunjukkan impak global, menyumbang kepada pemahaman Islam yang lebih mendalam terutamanya dalam kalangan komuniti Muslim minoriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, projek yang melibatkan penterjemahan 45 jilid merangkumi kira-kira 17,000 halaman itu kini telah mencapai kemajuan ketara dengan lebih 30 jilid berjaya disiapkan setakat ini.
Katanya, projek berimpak tinggi itu melibatkan kira-kira 40 penterjemah dan merupakan antara inisiatif terbesar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan ilmu Islam dalam bahasa Melayu dengan penerbitan awal dalam bentuk fizikal sebelum diperluas kepada versi digital dan e-buku.
"Jika kita kekalkan dalam bahasa Arab, pakar sajalah yang baca. Jadi tujuan kita adalah untuk memberi akses kepada orang awam untuk memahami ensiklopedia fiqh dalam bahasa Melayu. Jadi kita gunakan bahasa yang mudah iaitu bahasa Melayu.
"Pencerahan itu akan diteruskan oleh para asatizah (pendidik islam) untuk memahami fiqh secara mendalam sebab ini adalah antara satu ensiklopedia yang lengkap, dikeluarkan oleh Kementerian Wakaf Kuwait," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Nadwah Panel Pakar Ensiklopedia Fiqh di Menara DBP di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari.
Beliau berkata, Mawsu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah ditulis oleh para ulama muktabar di bawah Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait dan diiktiraf sebagai rujukan fiqh yang komprehensif merangkumi pelbagai mazhab.
"Inisiatif ini bukan sahaja memartabatkan ilmu, malah menjadi medium pencerahan kepada masyarakat, dengan huraian fiqh yang disampaikan dalam bahasa yang lebih mudah dan difahami," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, usaha penyebaran bahan keilmuan Islam turut menunjukkan impak global apabila lebih 500,000 naskhah al-Quran telah diedarkan ke seluruh dunia daripada hampir sejuta naskhah yang dicetak setakat ini.
Beliau berkata, edaran terbaharu melibatkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana dengan permintaan dari luar negara terus meningkat.
"Apa yang kita lihat, usaha yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa khususnya dari negara yang mempunyai komuniti Muslim minoriti. Apabila al-Quran diedarkan dan dibaca, mereka mula memahami Islam dengan lebih mendalam," katanya.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyebarkan risalah al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#Al-Quran
#rujukan fiqh
#ulama muktabar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan