ALOR SETAR:Seorang penternak ayam berusia 32 tahun kerugian RM202,909 selepas diperdaya individu yang mengaku 'pegawai' dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kononnya dia mempunyai tunggakan cukai dalam syarikatnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa lelaki yang sudah berkahwin dan berasal dari Sungai Petani itu menerima panggilan dari seorang wanita pada 21 Disember lalu dan memaklumkan dia terdapat tunggakan cukai yang perlu dilunaskan.
Mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu sebelum panggilannya disambung kepada seorang lelaki yang mengaku 'pegawai polis' berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk membuat pengesahan.
Panggilan itu kemudian disambung pula kepada seorang lagi suspek lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis berpangkat "Datuk" dari IPK Pahang dan kononnya pegawai atasan kepada 'Inspektor' terbabit.
Suspek kemudiannya meminta mangsa membuka satu aplikasi WhatsApp sebelum mangsa menerima satu mesej dengan notis yang mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan penjualan dadah.
Beliau berkata, mangsa kemudian diarah untuk membuka pautan URL yang diberikan untuk mengisi maklumat peribadi untuk 'siasatan lanjut'.
Mangsa tanpa membuat semakan terlebih dulu terus membuka pautan URL berkenaan dan mengisi butiran peribadi serta butiran syarikatnya.
Namun pada hari sama, mangsa mengesyaki sesuatu mencurigakan terus membuat semakan baki akaun syarikatnya dan mendapati terdapat lapan kali pindahan wang secara atas talian berjumlah RM202,909 kepada enam akaun bank berbeza.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Baling, pada Rabu malam.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 24 2020
Mangsa diarah untuk membuka pautan URL yang diberikan untuk mengisi maklumat peribadi untuk 'siasatan lanjut'.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
Waspada taktik baharu 'scammer' beri diskaun bil elektrik - Polis
Suspek meminta mangsa menghantar gambar salinan bil elektrik melalui telefon dan kemudian suspek menghantar semula gambar resit pembayaran kononnya bayaran sudah dijelaskan.
Bekas jururawat hilang RM1.9 juta diperdaya skim pelaburan palsu
Mangsa melakukan 19 transaksi pindahan wang ke pelbagai akaun dibekalkan sindiket sebelum menyedari ditipu.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh
Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa meneriman ugutan tembak oleh sekumpulan 'scammer'.