Seorang penternak kerugian kira-kira RM28,000 selepas 40 ekor kambing baka Boer miliknya mati dipercayai akibat diracun dalam kejadian di Kampung Keladang, Salor di sini, semalam.
Penternak terbabit, Rahimie Ibrahim, 50, berkata dia menyedari perkara itu ketika meninjau kawasan padang ragut tempat kambingnya dilepaskan, kira-kira pukul 5 petang semalam.
Rahimie berkata pada awalnya dia hairan kerana tidak ternampak kelibat kambingnya di kawasan itu tetapi selepas meninjau lebih dekat mendapati puluhan kambingnya sudah mati.
"Saya percaya kesemua kambing baka Boer ini mati selepas memakan dedak yang dicampur dengan racun oleh pihak tidak bertanggungjawab. Hanya dua ekor anak kambing yang terselamat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, Rahimie berkata dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri di sini, semalam.
Katanya, dia telah membeli padang ragut berkenaan sejak 20 tahun lepas dan telah menjalankan aktiviti pertanian di kawasan itu sejak sekian lama dan kematian ternakan merupakan kali pertama berlaku.
Dia turut berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan menahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Penternak berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan menahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat tersebut. - Gambar hiasan
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Penternak kerugian RM28,000 apabila 40 kambing Boer mati diracun
Susulan kejadian itu, penternak Rahimie Ibrahim telah membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri di sini, semalam.