BATU GAJAH: Kira-kira 30 penternak di Kinta Valley dekat sini bimbang selain kecewa, apabila mendakwa kes kecurian ternakan semakin berleluasa dan tidak berkesudahan.
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang, dipercayai dicuri dalam tempoh tiga tahun lepas.
Seorang penternak K. Kaviyarasan, 38, berkata dalam tempoh tiga tahun lalu sahaja, sebanyak 120 lembu dan 80 kerbau miliknya hilang, melibatkan kerugian kira-kira RM1 juta.
"Keluarga saya sahaja sudah buat hampir 10 laporan polis di Balai Polis Batu Gajah dan Kampar, dan kita tak boleh nak pagar kawasan kerana ia lagi memudahkan pencuri kerana ternakan berkumpul dalam suatu tempat.
"Saya bimbang jika ia tidak dibendung segera, 1,000 lembu dan 500 kerbau yang saya ternak akan mengalami nasib sama, kerana kawasan padang ragut luas melibatkan Kampar, Malim Nawar dan Batu Gajah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, seorang penternak Nazri Zakaria, 38, berkata kebanyakan penternak semakin hilang sabar dengan keadaan yang berlaku dan meminta pihak berkuasa melakukan sesuatu dan bertindak tegas.
"Kita telah serahkan kes kepada pihak polis dan 11 suspek telah dibebaskan kemudian, malah kes tidak berpihak kepada kami, namun kami amat berharap kes seperti ini tidak berulang," katanya.
Bagi seorang lagi penternak Pang Kee Kheong, 70, pencuri menggunakan tiga kaedah untuk menangkap lembu, iaitu menggunakan tali bagi menangkap lembu yang jinak, menggunakan suntikan ubat pelali dan menembak bagi lembu liar.
Pang berkata sudah lebih 50 ekor lembunya dicuri pihak tidak bertanggungjawab dan kebiasaannya mereka akan menjual semula hasil curi itu dengan harga murah kepada orang tengah, untuk dijual kepada pengguna.
"Mereka perlu sembelih segera dan lapah untuk hilangkan kesan atau tanda yang ada pada kulit lembu dengan segera, untuk mengelak dikesan pemilik asal," katanya.
Selain itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung kes kecurian terbabit.
"Kita akan hantar surat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut, kerana ia sudah berlarutan agak lama dan kerugian yang ditanggung penternak agak besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang.