Satu platform besar bagi menggabungkan kesemua parti pembangkang adalah penting dalam usaha untuk menawan Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
"Terdapat banyak pihak yang menentang Barisan Nasional. Selain Pakatan Harapan, kita tahu PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga individu-individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal," kata Saifuddin.
Tambahnya, yang wajar diutamakan ketika ini ialah wujudnya satu blok pembangkang yang bersatu dan kuat.
"Ini adalah penting untuk merealisasikan perlawanan 'satu lawan satu' dengan BN," kata Saifuddin.
Kata beliau lagi, Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu kini yang memerlukan pembentukan parti pembangkang yang baharu.
"Contohnya, Sabah mempunyai dinamika politik yang unik. Jika Datuk Seri Shafie menubuhkan parti baharu, kami memahaminya. Paling penting ialah PH bekerjasama dengannya di Sabah," kata Saifuddin.
Selain itu, Saifuddin turut membangkitkan kepentingan parti pembangkang tidak menyerang sesama sendiri terlebih dahulu.
"Ini adalah semangat yang penting. Kita berbincang secara hati ke hati. Kita tidak semestinya bersetuju untuk menubuhkan gabungan baharu atau meluaskan keahlian PH.
"Blok pembangkang yang kuat tidak semestinya wujud dalam satu bentuk yang formal. Ia boleh juga dalam bentuk 'PH Plus' dan sebagainya," kata Saifuddin dalam satu petikan di akaun Facebook beliau.
Hafiz Marzukhi
Fri Jul 15 2016
SAIFUDDIN: Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu kini yang memerlukan pembentukan parti pembangkang yang baharu. -Gambar fail
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Penting wujudkan platform untuk parti pembangkang bersatu - Saifuddin
Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu kini yang memerlukan pembentukan parti pembangkang yang baharu.