awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan

Bernama
Bernama
03/06/2023
09:13 MYT
Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Fahmi berkata Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JaPen untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat. -Bernama
TASEK GELUGOR: Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan tersebut dan bagi Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan menubuhkan sebanyak 120 Komuniti MADANI membabitkan 40 kawasan DUN.
"Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JaPen untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, selain membantu menyalurkan maklumat dan inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan.
"Kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam usaha melestarikan komuniti yang berinformasi bagi menyampaikan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Roslan Ariffin.
Fahmi berkata usaha menyebar luas konsep dan hala tuju Malaysia Madani adalah tanggungjawab bersama dan beliau yakin Komuniti Madani telah bersedia untuk bergerak sebagai satu pasukan yang mendukung semangat perpaduan demi kesejahteraan negara.
"Konsep Malaysia Madani yang diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan keseimbangan komuniti dalam pembangunan negara agar kemajuan serta kemakmuran dirasai oleh rakyat.
"Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi bertunjangkan sikap hormat-menghormati dan meraikan kepelbagaian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Komuniti Madani
#Fahmi Fadzil
#maklumat kerajaan kepada rakyat
#Suhaimi Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan