awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: Tiada pembinaan stadium baharu, KBS fokus naik taraf kemudahan sedia ada
Dua kontena daging babi Belgium dirampas
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Majlis Media Malaysia perlu pertimbangan mendalam - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2021
08:31 MYT
Penubuhan Majlis Media Malaysia perlu pertimbangan mendalam - Annuar Musa
Annuar Musa memaklumkan pertimbangan itu merangkumi mengenal pasti impak pelaksanaannya kepada keselamatan, keharmonian dan kedaulatan negara. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pertimbangan mendalam perlu diambil dalam usaha merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia, kata Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, pertimbangan itu merangkumi mengenal pasti impak pelaksanaannya kepada keselamatan, keharmonian dan kedaulatan negara.
"Walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan hak setiap warganegara untuk memiliki kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan, hak tersebut bukanlah mutlak dan masih tertakluk kepada undang-undang negara yang berkuat kuasa di Malaysia.
"Ini adalah bagi memastikan agar kerajaan dapat terus memelihara kedaulatan, keamanan, kestabilan dan keharmonian di negara ini," memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 29 September 2021.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu sama ada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) menyatakan sokongan kepada Majlis Media, yang dijanji ditubuhkan supaya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 tentang kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan.
Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia dilihat bersesuaian dengan objektif RMK-12 iaitu untuk mencapai “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” menerusi Tema Pemangkin Dasar yang ke-2 iaitu memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti.
Katanya, berdasarkan perancangan di dalam RMK-12 tersebut, keselamatan dan kesejahteraan negara terus menjadi keutamaan dalam mengekalkan sebuah negara yang teguh dan berdaya tahan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Maria Chin Abdullah
#Tan Sri Annuar Musa
#Majlis Media Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan