awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naik taraf Pusat pemeriksaan Woodlands maksimumkan potensi JS-SEZ

Bernama
Bernama
17/08/2025
20:00 MYT
Naik taraf Pusat pemeriksaan Woodlands maksimumkan potensi JS-SEZ
Pembangunan semula itu akan memastikan proses pemeriksaan yang lebih cekap dan selamat di samping tempoh menunggu lebih singkat. - Gambar Bernama
SINGAPURA: Pembangunan semula Pusat Pemeriksaan Woodlands, yang akan diperluas lima kali ganda daripada saiz sedia ada, akan meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan dan memaksimumkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) berkata, pembangunan semula itu akan memastikan proses pemeriksaan yang lebih cekap dan selamat di samping tempoh menunggu lebih singkat serta kesesakan lalu lintas berkurangan.
"SEZ mempunyai potensi besar untuk kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan yang saling melengkapi dan berkembang bersama. Untuk memaksimumkan potensi ini, kita mesti meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, pada masa ini, Tambak Johor merupakan lintasan darat tersibuk di dunia dan sering mengalami kesesakan teruk terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ini mengumumkan bahawa pihaknya akan membangunkan semula dan memperluas Pusat Pemeriksaan Woodlands (WCP) secara berfasa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, bagi menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kesesakan kronik di lintasan darat antara Singapura dan Malaysia.
Di bawah Fasa 1, ICA akan membina bangunan sambungan WCP di Pusat Bandar Woodlands Lama, dengan kerja pembinaan bagi fasa ini dijadual bermula pada suku ketiga 2025.
Sambungan itu antara lain, akan merangkumi kemudahan pelepasan automatik yang baharu untuk kenderaan kargo, serta kereta dan motosikal di laluan masuk.
Sementara itu, Wong berkata, Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang akan terus bersambung dengan Stesen MRT Woodlands North di Singapura, akan menjadikan perjalanan rentas sempadan jauh lebih mudah.
Beliau berkata, Singapura juga akan membina ruang industri yang fleksibel di sekitar stesen RTS Link bagi menyokong perniagaan yang mahu memanfaatkan JS-SEZ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#naik taraf
#pusat pemeriksaan
#CIQ
#Woodlands
#kecekapan
#tambah johor
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan