awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Pejabat Majlis Daerah Membakut seharusnya ditangguh, diteliti semula - Armizan

Bernama
Bernama
12/05/2023
14:09 MYT
Penubuhan Pejabat Majlis Daerah Membakut seharusnya ditangguh, diteliti semula - Armizan
Armizan berkata pada masa ini kos pengoperasian termasuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan Pejabat Majlis Daerah Papar bergantung kepada pungutan cukai. - Gambar fail/FB Armizan Mohd Ali
PAPAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali meminta kerajaan Sabah supaya menangguhkan pewujudan Pejabat Majlis Daerah Membakut dan meneliti semula beberapa perkara, khususnya yang berkaitan dengan persempadanan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti semula kerana ia akan mendatangkan beberapa masalah kepada kedua-dua Majlis Daerah Papar dan Majlis Daerah Membakut akibat persempadanan yang baharu, khususnya yang berkaitan soal pungutan cukai.
"Kita sudah maklum bahawa Pejabat Daerah Membakut telah diwujudkan dan beroperasi, dengan kos-kos yang digunakan adalah daripada kerajaan, namun ia berlainan dengan kos pengoperasian Pejabat Majlis Daerah Membakut yang bergantung kepada pungutan cukai," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Papar, di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya Pejabat Majlis Daerah Membakut diwujudkan pada ketika ini, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan untuk kos pengoperasian kedua-dua pejabat majlis daerah Papar dan Membakut.
Armizan berkata pada masa ini kos pengoperasian termasuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan Pejabat Majlis Daerah Papar bergantung kepada pungutan cukai, dan apabila Pejabat Majlis Daerah Membakut mula beroperasi, ia pasti akan menimbulkan kesukaran kerana pungutan cukai bagi pejabat Majlis Daerah Papar nanti akan berkurangan secara drastik.
"Ini kerana ada kawasan yang menyumbang cukai yang besar akan berada dalam kawasan Membakut, sebab itu kita mahu perkara ini diselesaikan terlebih dahulu, kalau boleh ia dapat memuaskan hati kedua-dua pihak dan seterusnya tidak akan menyusahkan kerajaan kelak," tambahnya.
Papar dan Membakut merupakan daerah di kawasan Pantai Barat Sabah masing-masing terletak sekitar 40 kilometer dan 94 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#pungutan cukai
#peruntukan tambahan
#kos pengoperasian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan