awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2021
14:17 MYT
Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
MCMC berkata langkah ini memastikan risiko jurang digital berada tahap minimum sepanjang pelaksanaan rangkaian 5G, pada masa sama pelaksaan gentian optik dan rangkaian 4G akan tetap diteruskan.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOMSPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G terletak pada penyedia perkhidmatan.
Ia sekali gus membolehkan penyedia perkhidmatan sedia ada meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.
MCMC berkata langkah ini memastikan risiko jurang digital berada tahap minimum sepanjang pelaksanaan rangkaian 5G dan pada masa sama pelaksaan gentian optik dan rangkaian 4G akan tetap diteruskan.
"Spektrum disediakan kepada GOMSPV akan membina rangkaian dan menawarkan kapasiti secara borong. Model bukan bidaan yang diterima pakai merupakan sebahagian daripada usaha untuk tidak meletakkan beban kos kepada rangkaian baharu, selain memastikan elemen rangkaian sedia ada akan digunakan dan GOMSPV hanya akan membuat elemen rangkaian yang baharu," jelas kenyataan itu.
MCMC menambah penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan runcit akan mempunyai akses yang terbuka, saksama dan setara kepada rangkaian baharu.
Sebelum ini, sayap kaji selidik Fitch Group, Fitch Solution menyatakan keputusan kerajaan untuk memperuntukan spektruk 5G melalui sebuah special purpose vehicle (SPV) dilihat sebagai berisiko kepada pasaran.
Ia menyatakan langkah berkenaan berkemungkinan mempunyai ketelusan yang kurang dan boleh menjejaskan proses pelaksanaannya, serta boleh menyebabkan kos yang lebih mahal.
Topic Berkaitan
#MCMC
#SPV
#GOMSPV
#SKMM
#rangkain 5G
#penyedia perkhidmatan
#perbaiki liputan
#jurang digital
#4G
#gentian optik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan