KUALA LUMPUR: Durasinya hanya lima minit namun tetapi 'lembaran baharu' yang disampaikan menerusi iklan hari raya RHB, begitu menambat hati pelbagai masyarakat negara ini menerusi 'semangat muhibah' yang terjalin, tatkala menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit.
Iklan raya berdasarkan daripada kisah benar mengenai seorang ibu berbangsa India, anaknya dengan seorang peguam berbangsa Melayu, bukan sahaja meruntun hati ramai tetapi juga turut menjadi sumber inspirasi.
Kegigihan seorang peguam bernama Zahiril yang bersungguh-sungguh memohon ibu tersebut untuk mendapatkan 'Bon Berkelakukan Baik' atas kesalahan mencuri kotak pensil tanpa meminta sebarang bayaran, jelas membuktikan 'semangat muhibah' yang masih lagi menebal.
Benarlah seperti penekanan dalam video hari raya yang bertajuk 'Lembaran Baharu' itu, 'benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain', dan kerana itu, ramai yang mengharapkan ukhwah tersebut terus kukuh, termasuklah dalam kehidupan realiti.
Melihat kepada mesej perpaduan yang disampaikan, ia sangat signifikan dengan pengisian Syawal dalam mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, selain sedikit sebanyak meredakan isu-isu sensitif terutama membabitkan soal kaum dan agama, sehingga mencetuskan kegusaran dalam masyarakat kebelakangan ini.
Tambahan pula dengan adanya gerakan, 'Maaf Zahir Batin Hari-hari'(#MZB365) yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak kerana dilihat sebagai platform terbaik meningkatkan semangat perpaduan, kata Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau yang merupakan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata sebaiknya kempen tersebut tidak hanya sekadar rancak pada Syawal atau tempoh tertentu sahaja, tetapi berpanjangan pada bila-bila masa.
"Sebagai rakyat, tidak kira agama dan bangsa, kita harus memahami isu sensitif dalam negara, selain perlu menunjukkan rasa kasih sayang antara satu sama lain, supaya keharmonian masyarakat majmuk ini dapat ditonjolkan dan diperkukuhkan," katanya.
Gerakan ini diperkenalkan bertujuan melawan ungkapan kebencian etnik-agama, serta menggalakkan amalan memohon dan memberi maaf setiap hari, selain turut menekankan kepentingan amalan itu merentasi pelbagai kepercayaan dan latar belakang budaya, termasuk Islam, Budha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan komuniti orang asal di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Dalam merancakkan gerakan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata kerajaan juga, harus memainkan peranan dalam merangka kempen yang bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.
"Sejak 2000, perkataan seperti 'muhibah' tidak lagi ditekankan kerajaan dan kini, perkataan berkait dengan teknologi dan AI (kecerdasan buatan) yang dikentengahkan (kerajaan). Tidak dinafikan ia penting memajukan negara, tetapi jangan lupa kata-kata yang dapat membuatkan rakyat bersatu," katanya.
Tidak boleh disandarkan hanya kepada bahu kerajaan semata-mata, penganalisis politik Dr G. Manimaran melihat pemimpin politik termasuk wakil rakyat, turut memainkan peranan penting untuk memberikan kefahaman terhadap sebarang situasi yang berkemungkinan menggugat perpaduan negara.
Ini kerana, tokoh-tokoh tersebut mempunyai pengaruh tersendiri, paling dekat dengan rakyat dan kerana itu, amat penting, emosi mereka terkawal dalam membahaskan pelbagai isu khususnya yang berkait dengan perpaduan, bagi mengelakkan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Bagi bekas pemain beregu badminton lelaki negara Koo Kien Keat, beliau berpandangan sukan merupakan medium perpaduan paling berkesan, dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sukan dimainkan oleh semua, tidak mengira umur, kaum mahupun jantina. Mereka akan duduk sekali bersama-sama untuk menyokong kelab atau negara yang diminati, dan saya selepas bersara pun, ramai rakyat berbilang kaum masih menegur atas sumbangan saya kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Lam Thye berkata, kerajaan juga, harus memainkan peranan dalam merangka kempen yang bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara. - Gambar Sinar Harian
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Masih ramai kena scam - MCPF
Jenayah seperti ini perlu diuar-uarkan sama ada di peringkat sekolah, kawasan luar bandar atau bandar.
MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan itu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang lebih berat dan setimpal pada masa hadapan.
Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF
Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial.
Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
Kaji semula waktu perkhidmatan dobi 24 jam
Waktu perkhidmatan kedai dobi layan diri terutama yang beroperasi 24 jam disaran dikaji semula bagi mengurangkan risiko kejadian samun.
Arahan RoS ikut peraturan, perlembagaan PPBM - TPM Ahmad Zahid
Sebarang tindakan yang diambil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah mengikut peraturan selain perlembagaan parti terbabit.
Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamatan warga emas - MCPF
Beliau berkata pihak berkuasa dan orang ramai perlu memainkan peranan dengan berkongsi maklumat mengenai trend jenayah terkini dan modus operandi supaya warga emas tidak menjadi mangsa.
Lebih 23,000 warga asing, PATI diusir tahun ini
Lebih 23,000 warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan pelbagai kesalahan diusir ke negara asal dalam tempoh 1 Jan hingga 29 Mei tahun ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk S