KUALA SELANGOR: Kerja penukaran paip baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka mampu bertahan sehingga 30 tahun.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketahanan paip baharu itu mengambil kira teknologi moden digunakan pada masa kini.
"Paling tidak penukaran (paip lama kepada paip baharu) ini akan mengekalkan jangka hayat 25 hingga 27 tahun, tetapi itu (jangkaan) minimum, (malah) kemungkinan untuk (bertahan) 30 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu.
Amirudin berkata, pemeriksaan dan pemantauan secara rutin perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.
"(Ini termasuklah) kejadian yang pernah berlaku seperti tahun lalu dan kejadian paip bocor pada tahun 2016," katanya.
Beliau memberitahu, proses penukaran paip baharu yang termasuk dalam kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset utama itu dilakukan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik.
"Inilah proses yang perlu kita lakukan, namun proses itu memberi kesan (lebih baik) kepada bekalan air kepada pengguna di negeri ini (pada masa depan)," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Oct 13 2021
Amirudin (kanan) meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Penukaran paip baharu mampu bertahan sehingga 30 tahun - Amirudin
Ketahanan paip baharu itu mengambil kira teknologi moden digunakan pada masa kini.