awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco

Bernama
Bernama
21/12/2023
01:30 MYT
Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco
Kawalan kendiri penting bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dalam kalangan masyarakat. - Foto fail/REUTERS
IPOH: Walaupun jumlah kes positif terkawal, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata pihaknya bimbang sekiranya pergerakan keluar masuk sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini serta perayaan Krismas akan menyumbang kepada peningkatan kes di negeri ini.
"Setakat ini di Perak (terdapat) lebih kurang 600 kes dan tidak kritikal manakala kes kematian di negeri masih rendah, jadi kita harap dapat kekalkan status itu, malah 14 hospital di seluruh negeri bersedia untuk menerima pesakit COVID-19," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Aspirasi Wartawan Perak yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang turut dihadiri Pengarah PASAK Aldrin Ng.
Justeru, Sivanesan berkata kawalan kendiri penting bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dalam kalangan masyarakat, selain mereka yang bergejala harus kuarantin di rumah.
Pada 18 Dis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya berkata bagi tempoh 10 hingga 16 Dis sebanyak 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#musim cuti sekolah
#A Sivanesan
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan