awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang maut, kereta terbabas langgar tunggul

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2024
03:45 MYT
Penumpang maut, kereta terbabas langgar tunggul
Kereta dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Isnin. - Foto Sinar Harian
TEMERLOH: Seorang penumpang sebuah kereta maut manakala empat yang lain termasuk pemandu dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar tunggul pokok di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh, di sini, pada Isnin.
Dalam nahas jam 4.36 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini jam 8.15 malam, hari sama.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama empat penumpang berusia 3 hingga 36 tahun dalam perjalanan dari arah Jerantut menghala ke arah Mentakab.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar tunggul pokok di sebelah kanan jalan.
"Akibat kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Mazlan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#tunggul pokok
#terbabas
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan