awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang 'tersadai', Malindo Air akan mohon maaf - Anthony

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2022
22:30 MYT
Penumpang 'tersadai', Malindo Air akan mohon maaf - Anthony
Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas sebagaimana yang dinyatakan pihak syarikat itu ketika dihubungi beliau. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini.
Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas sebagaimana yang dinyatakan pihak syarikat itu ketika dihubungi beliau.
Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga merupakan penumpang yang terkesan.
"Salam Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab," katanya.
Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab. https://t.co/YqzWlJEgvT
— Loke Siew Fook (@anthonyloke) December 26, 2022
Pada Jumaat, Firdaus menerusi ciapan Twitter miliknya, meminta Anthony melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.
Video rungutan individu tersebut juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut membuat gesaan dan mahu kerajaan memberi perhatian tentang perkara tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Malindo Air
#tersadai
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan