KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam dan menyamun seorang pemandu e-hailing, dalam satu kejadian di Jalan Sentul Pasar dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di Kota Damansara, Selangor selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 47 tahun itu mengambil suspek yang juga penumpang itu di Putrajaya, kira-kira 1 petang.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek meminta nombor akaun untuk membuat pembayaran namun ketika mangsa sedang mencari nombor tersebut, suspek bertindak menikam leher mangsa sebelum melarikan diri dengan kenderaan milik mangsa.
"Dalam kejadian itu, mangsa yang cedera dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh berkata, pihaknya berjaya menemui semula kereta Proton Saga milik mangsa dengan nombor pendaftaran telah dibuang dalam tong sampah, serta beberapa barangan peribadi milik mangsa.
"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tiga video mengenai kejadian itu tular di media sosial, memaparkan tindakan seorang lelaki menarik keluar individu dipercayai pemandu e-hailing yang mempunyai kesan darah di bahagian lehernya, sebelum melarikan diri dengan kereta mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Salah satu daripada tiga video yang tular di media sosial, memaparkan tindakan seorang lelaki menarik keluar individu dipercayai pemandu e-hailing yang mempunyai kesan darah di bahagian lehernya. - Media sosial
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital, warga Sweden masih dirawat
Pemandu e-hailing itu dibenarkan keluar jam 6 pagi tadi, manakala penumpangnya yang berusia 72 tahun masih menerima rawatan di HKL.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Tujuh individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing
Datuk Mat Zaki Md Zain dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan ESSCom, Mat Zaki dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti kekasih.
Tidak cam bapa kerana mayat kembung, kata anak pemandu e-hailing
Bagaimanapun, Mohd Norazrie berkata dia kemudian dapat mengecam mayat bapanya berdasarkan beberapa ciri selain mangsa memiliki satu buah pinggang.
Pemandu e-hailing diumpan keluar dari hotel ke ladang kelapa sawit sebelum dibunuh - Pendakwaan
Bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.
Pemandu e-hailing didakwa cederakan wanita China guna kerusi
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap wanita warga China, baru-baru ini.
Remaja lelaki tidak mengaku salah atas tuduhan merompak pemandu e-hailing
Remaja itu didakwa cuba melakukan perbuatan rompak terhadap Lee Ang Hie, 65, di tepi jalan pada Isnin lalu.