MALAYSIA
Penunggang basikal maut dirempuh MPV ketika melintas di hadapan hospital

Penunggang basikal, Mohd Nazrul Shairil Husin, maut selepas dirempuh MPV ketika melintas jalan berhampiran HTAA, Kuantan. -Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Jalan Besar, berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang basikal, Mohd Nazrul Shairil Husin, maut selepas dirempuh MPV ketika melintas jalan berhampiran HTAA, Kuantan.
- Kemalangan berlaku apabila mangsa melintas secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu MPV gagal mengelak; mangsa cedera parah dan meninggal dunia selepas lima jam menerima rawatan.
- Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menyeru saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Tanah Putih.
“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa yang sedang menunggang basikal dipercayai melintas secara tiba-tiba dari kanan ke kiri, menyebabkan pemandu MPV gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran.
“Akibat kejadian, mangsa yang bekerja sendiri dan beralamat di Tanjung Api di sini mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke HTAA Kuantan untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian,” katanya.
Mohd Adli berkata, dalam kemalangan itu, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pihak polis telah melawat tempat kejadian serta mengarahkan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terlibat di Puspakom.
“Usaha mengesan saksi kejadian sedang giat dijalankan. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat melalui talian rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di 09-5652222,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami