awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal

Bernama
Bernama
23/12/2024
12:15 MYT
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian 11.55 malam itu motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lagi motosikal.
Beliau berkata pada masa sama, tiga lagi penunggang motosikal juga dari arah sama gagal mengelak dan merempuh kedua-dua motosikal berkenaan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat manakala empat lagi penunggang cedera parah dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan kes tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-7752315.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu
#Polis Daerah Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan