awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2024
23:15 MYT
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kenderaan pacuan empat roda yang keluar simpang menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan melanggarnya sebelum meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Tambun, Ipoh, semalam. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah pacuan empat roda yang keluar simpang dalam kejadian kemalangan di Jalan Tambun di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu pacuan empat roda yang berusia 77 tahun bersama penumpang dari arah Kampung Baru Tambun telah keluar simpang.
"Dalam masa sama penunggang motosikal berusia 25 tahun yang datang dari arah Tanjung Rambutan menuju ke Pekan Ipoh tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan pacuan empat roda yang keluar simpang itu.
"Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada manakala pemandu dan penumpang kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abang Zainal Abidin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Justeru itu, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-3728477 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemat dan sentiasa memakai tali pinggang keselamatan dan topi keledar.
Jelasnya, masyarakat juga diingatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#motosikal berkuasa besar
#Ipoh
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan