awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal cedera langgar kereta peronda polis

Bernama
Bernama
21/10/2025
11:18 MYT
Penunggang motosikal cedera langgar kereta peronda polis
Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa, Shah Alam pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta peronda polis (MPV) di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa menghala ke Seksyen 16 di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera di tulang pinggul dan tangan selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan kereta peronda polis (MPV) di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa, Shah Alam.
  • MPV polis ketika itu sedang menuju ke lokasi panggilan kecemasan MERS 999 dengan lampu beacon dan siren diaktifkan, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan dalaman terhadap kemungkinan kecuaian.
  • Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian 6.19 petang itu, kereta peronda berkenaan dari arah Jalan Sungai Rasau menghala ke Seksyen 19 untuk ke lokasi Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.
"Setibanya di persimpangan lampu isyarat Padang Jawa dalam keadaan memasang lampu beacon (mata arah) dan siren, MPV polis telah dilanggar motosikal ditunggang lelaki berumur 27 tahun dari arah Jalan Padang Jawa.
"Pelanggaran mengakibatkan penunggang motosikal cedera di bahagian tulang pinggul serta luka di tangan. Lelaki itu dirawat di Hospital Shah Alam manakala anggota MPV bertugas tidak mengalami kecederaan serius," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan dalaman turut dibuat bagi mengenal pasti jika terdapat kecuaian pihak polis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Insp Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan MPV
#penunggang motosikal
#padang jawa
#kereta peronda polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan