NATIONAL
Penunggang motosikal dilanggar akibat tak puas hati

Video tular memaparkan seorang penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa pada Sabtu.
KLANG: Rasa tidak puas hati di jalan raya menjadi punca penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Ketidakpuasan hati di jalan raya menyebabkan penunggang motosikal dilanggar oleh pemandu kereta di Bandar Sentosa.
- Mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital, manakala suspek telah ditahan oleh pihak polis.
- Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.
"Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan pemandu kereta berusia 37 tahun yang membunyikan hon untuk menegur," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Ramli berkata, mangsa dikatakan tidak berpuas hati lalu mengejar suspek hingga berlaku pertengkaran di lokasi kejadian.
"Ketika pertengkaran, mangsa dipercayai mengetuk cermin hadapan kereta suspek dengan topi keledar hingga menyebabkan kerosakan.
"Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa hingga motosikal mangsa terseret di bawah kereta," katanya.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di kedua-dua kaki, bahu dan terkehel pada bahu kiri, dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.
"Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital," katanya.
Ramli berkata, susulan kejadian itu, suspek telah ditahan di Klang pada jam 1.15 pagi Ahad.
"Hasil semakan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau. Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, pihak polis turut mengesan satu video tular memaparkan kejadian itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami