awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut digilis bas, selepas terlanggar anjing

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/11/2021
04:14 MYT
Penunggang motosikal maut digilis bas, selepas terlanggar anjing
Mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC, dalam perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah. - Foto ihsan JBPM
IPOH: Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah bas awam dalam nahas di Jalan Sultan Nazrin Shah, berhampiran stesen minyak Petronas Kampung Kepayang, dekat sini, pagi ini.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, seorang lelaki berusia 26 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC, dalam perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah.
Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan terlanggar seekor anjing yang sedang melintas jalan.
“Akibat daripada itu, penunggang motosikal tercampak di tengah jalan, kemudian datang sebuah bas dari arah yang sama cuba brek dan elak namun terlanggar juga di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Yahaya, mangsa tersepit di bawah tayar kiri hadapan bas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.
Pemandu bas, seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#motosikal
#anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan