awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut digilis lori

Azee Shafy
Azee Shafy
21/07/2023
20:45 MYT
Penunggang motosikal maut digilis lori
Mangsa dipercayai jatuh sebelum maut digilis berikutan motosikalnya bergesel dengan lori di KM 34 Jalan Kuala Bera-Chenor di Kampung Batu Papan, Bera, pada Jumaat. - Foto ihsan pembaca
BERA: Seorang lelaki maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 34 Jalan Kuala Bera-Chenor, di Kampung Batu Papan, di sini, semalam.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Azani Nawi, 53 tahun, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selain luka di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata, lori tersebut yang menghala ke Kilang Felcra Maran untuk menghantar buah sawit bergesel dengan motosikal mangsa yang bergerak pada hala yang sama.
"Berdasarkan siasatan awal, semasa tiba di lokasi kejadian, dipercayai lori itu dalam keadaan sedang memotong motosikal mangsa, tetapi tiba-tiba mangsa mengubah laluan memasuki simpang di sebelah kanan jalan.
"Berikutan jarak yang terlalu dekat, motosikal mangsa bergesel dengan bahagian tepi sebelah kiri lori itu.
"Mangsa jatuh sebelum digilis oleh tayar belakang sebelah kiri lori dan disahkan maut di lokasi kejadian," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Zulkiflee memaklumkan, kemalangan dipercayai berpunca dari kecuaian penunggang motosikal kerana mengubah laluan secara tiba-tiba.
Jelasnya, terdapat saksi bebas yang menyaksikan kejadian kemalangan berlaku dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#maut digilis lori
#Jalan Kuala Bera-Chenor
#Polis Daerah Bera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan