MALAYSIA
Penunggang motosikal maut langgar lembu, polis minta saksi tampil

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau–Kemayan pada 25 Mei lalu. -Sinar Harian
JEMPOL: Saksi kejadian kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal warga Bangladesh yang terlanggar seekor lembu di Kilometer 25, Jalan Bahau–Kemayan pada 25 Mei lalu diminta tampil bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Mangsa, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 21 tahun, menunggang motosikal Honda Wave dari arah Kemayan ke Bahau sebelum melanggar seekor lembu yang melintas jalan, menyebabkan dia terbabas dan mengalami kecederaan parah di kepala.
- Kejadian berlaku pada 25 Mei sekitar jam 8 malam di Kilometer 25, Jalan BahauKemayan; mangsa dirawat di hospital selama tujuh hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Jun.
- Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat yang bertugas.
“Sejurus tiba di lokasi, mangsa dipercayai telah melanggar seekor lembu yang melintas, menyebabkan beliau hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya lagi, pada Ahad kira-kira jam 11.25 malam, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami