awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang

Bernama
Bernama
27/11/2024
21:30 MYT
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar pokok tumbang di Kampung Apal di Jertih, awal pagi semalam. - Foto Sinar Harian
JERTIH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok tumbang di Kampung Apal di sini, awal pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Ketika sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebatang pokok kelapa tumbang melintang ke tengah jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pokok berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Md Sani berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Noraini Muhammad Zin di talian 013-4384239.
Polis turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutama pada musim hujan bagi mengelakkan kemalangan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Pokok tumbang
#Besut
#musim hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan