awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
09/12/2024
06:48 MYT
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Wanita yang menunggang motosikal tersepit di bawah salah satu kenderaan terlibat dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba. - Foto Ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal wanita parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan pada jam 9.50 pagi.
“Setibanya di lokasi, anggota mendapati, kemalangan membabitkan van Toyota Hiace, Hyundai Starex, dua motosikal Yamaha Y15, Nouvo LC dan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagaimanapun, ambulans itu didapati kosong tiada pesakit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mukhlis berkata, wanita yang menunggang motosikal tersepit di bawah salah satu kenderaan terlibat dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal
#ambulans KKM
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan