KOTA BHARU: Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
Ibunya Maznah Ismail, 44, berkata Nor Diana, 21, didapati tinggal bersama kakak angkatnya yang dikenali sebagai Ika sebelum dijemput polis dan ahli keluarga kira-kira 3.50 pagi tadi.
"Melalui bantuan polis, kami sudah membawa Nor Diana pulang ke rumah anak saudara di Johor dan akan bertolak pulang ke Kelantan petang ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Maznah berkata sejak dijumpai, anaknya kelihatan murung dan banyak berdiam diri serta tidak seceria seperti sebelum ini.
Menurutnya, Nor Diana yang juga penuntut tahun satu Diploma Kejururawatan memaklumkan keluarga tidak memahami situasinya yang mahu berhenti belajar dan ingin bekerja.
"Kami pelik kerana selama ini Nor Diana tidak pernah mengadu masalah semasa belajar, malah pengajian itu pula ialah pilihannya sendiri tanpa ada sesiapa memaksa," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur kerana Nor Diana telah ditemukan sekali gus dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri ini.
Media sebelum ini melaporkan penuntut ILKMM Kampus Alor Setar, Kedah itu sepatutnya pulang ke rumah keluarga di Perumahan KTMB Tumpat ketika cuti pertengahan semester, namun tidak berbuat demikian dan gagal dikesan keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Maznah Ismail, 44, menunjukkan gambar anaknya Nor Diana Mohd Najib, 21, ketika dilaporkan hilang sejak 29 Februari lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai dua hari selepas tentera Israel tinggalkan kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada keluarga
Allahyarham Zulkifli sempat menghantar isyarat kecemasan ketika terkandas di kawasan berhampiran puncak Gunung Denali.
AWANI Ringkas: Telefon bimbit dirampas untuk siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
Kisah doktor TH: Wukuf 'Safari' di Arafah, ala medan tempur pula di Muzdalifah
Di celah-celah kisah haji dan falsafah pengorbanan serta penyucian jiwa, ada jasa yang cukup besar dilakukan manusia kepada manusia lain tetapi jarang diangkat setinggi darjatnya.
Lelaki warga China lemas jatuh dari tongkang besi
Seorang pekerja warga China ditemukan lemas selepas terjatuh dari tongkang besi ketika menjalankan kerja-kerja di laut dalam kejadian di perairan berhampiran Pulau Tikus, di sini hari ini.
AWANI 7:45 [02/06/2024] – Bakal Pilihan Raya Kecil? | Kajian tempoh lima tahun | Tangkapan bantu siasatan | Termasuk pelbagai inisiatif TVET
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu gugur ahli, hilang kerusi
- Remaja hisap vape meningkat mendadak kepada 14.9 peratus
- Tiada tangkapan terbaru, siasatan tumpu ibu bapa Zayn Rayyan
- 12 kementerian terbabit TVET, tiada alasan untuk gagal
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu gugur ahli, hilang kerusi
- Remaja hisap vape meningkat mendadak kepada 14.9 peratus
- Tiada tangkapan terbaru, siasatan tumpu ibu bapa Zayn Rayyan
- 12 kementerian terbabit TVET, tiada alasan untuk gagal
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: AMK harap orang muda dipilih jadi calon
AMK akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda dalam PRK DUN Sungai Bakap akan datang.
Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera
Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.
Rotasing! Apa lagi yang peserta bakal tonjolkan
Sudah tiga minggu berlangsung peserta The Hardest Singing Show (THSS) benar-benar memberikan kreativiti terbaik bagi menyahut setiap cabaran yang diberikan.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.