awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada keluarga

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/06/2024
14:16 MYT
Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada keluarga
Allahyarham amat meminati aktiviti pendakian gunung dan keluarga juga memahami minat serta risiko minatnya itu. - Gambar fail/Kelab Jelajah Alpine Malaysia
KUALA LUMPUR: Allahyarham Zulkifli Yusof sempat menghantar isyarat kecemasan kepada ahli keluarganya sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Denali, Alaska.
Hal itu disahkan Pegawai Perhubungan Kelab Alpine Malaysia, Ayob Yahya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat semasa Zulkifli, 37, terkandas di kawasan berhampiran puncak Gunung Denali.
"Memang keluarga ada terima isyarat kecemasan tapi ia bukan secara terus, sebaliknya menggunakan sistem yang dihantar menerusi pihak ketiga.
"Kalau tak silap isyarat itu dihantar pada hari pertama Allahyarham terkandas, tetapi saya tak boleh memastikan tarikh dan masanya dengan tepat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Katanya, ketika ini, wakil kelab sudah berada di Talkeetna, Alaska untuk membantu urusan membawa pulang jenazah dan dua lagi pendaki iaitu Muhammad Illaham Ishak, 47, dan Zainudin Lot, 47.
Allahyarham amat meminati aktiviti pendakian gunung dan keluarga juga memahami minat serta risiko minatnya itu.
Zulkifli disahkan meninggal dunia pada 6 pagi Rabu, ketika dia dan rakan pendaki berlindung dalam gua salji di kawasan dikenali sebagai 'football field' pada ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.
Jenazah Zulkifli selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada Sabtu dan urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar.
Topic Berkaitan
#Gunung Denali
#zulkifli yusof
#pendakian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan