awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
KPKT gempur premis pajak gadai haram, sita barangan bernilai RM45,840
MINDEF beri kerjasama penuh kepada SPRM, perkukuh tadbir urus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut kolej maut tercampak dari jejambat 21 meter

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2025
05:01 MYT
Penuntut kolej maut tercampak dari jejambat 21 meter
Remaja berusia 19 tahun itu maut akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari ketinggian 21 meter. - Gambar IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Seorang penuntut kolej swasta maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di susur 1/B 0.5, di sini pada ketinggian 21 meter pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang penuntut kolej swasta berusia 19 tahun maut selepas motosikalnya terbabas dan terjatuh dari jejambat setinggi 21 meter di susur 1/B 0.5 Lebuhraya DASH.
  • Ini merupakan insiden kedua meragut nyawa dalam tempoh lebih sebulan di lokasi sama, selepas kejadian serupa pada 24 Julai melibatkan seorang pekerja swasta.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis menyeru saksi kejadian tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, ini adalah nahas kedua yang meragut nyawa dalam tempoh lebih sebulan di lokasi sama.
Pada 24 Julai lalu,seorang pekerja swasta berusia 23 tahun yang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Melayu Subang ke bengkel servis motosikal di Kuala Lumpur maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas lalu terjatuh dari jejambat itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, dalam insiden terbaharu ini, remaja berusia 19 tahun itu maut akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh di kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa dekat sini, kira-kira pukul 10.40 pagi.
Kemalangan menyebabkan penunggang terjatuh dari jejambat berkenaan pada ketinggian 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa. - Foto IPD Shah Alam
Kemalangan menyebabkan penunggang terjatuh dari jejambat berkenaan pada ketinggian 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa. - Foto IPD Shah Alam
"Motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dari Persiaran Mokhtar Dahari melalui susur 1/B 0.5 Lebuhraya DASH dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar pembahagi jejambat.
"Kemalangan menyebabkan penunggang terjatuh dari jejambat berkenaan pada ketinggian 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu beliau meminta orangramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851 atau mana-mana balai polis dengan segera.
Topic Berkaitan
#motosikal
#jatuh jejambat
#DASH
#pelajar swasta maut
#terjatuh jejambat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan