awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian

Bernama
Bernama
17/06/2024
09:41 MYT
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini kerugian RM13,750 selepas terperdaya tawaran kerja sambilan dalam talian.
Dalam laporan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu semalam, mangsa mengadu menerima tawaran untuk memperoleh wang sampingan dengan membuat tugasan kerja di dalam YouTube selepas dimasukkan ke Group Whatsapp Millennium Portfolios Event A13 oleh individu bernama Ho Siew Ming.
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan sebelum suspek mengarahkan menekan pautan https:iit.me/Joyce_WB bagi membuat tugasan diberikan.
Suspek juga memaklumkan kepada mangsa jika ingin mendapat keuntungan RM40,000 mangsa dikehendaki membuat tugasan seterusnya dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000.
"Mangsa telah memasukkan wang bagi penugasan berkenaan semalam sebanyak lima kali transaksi berjumlah RM13,750 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima keuntungan dan komisen dijanjikan," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.
Orang ramai perlu membuat semakan terperinci dengan syarikat atau agensi berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.
Selain itu, orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM untuk sebarang nasihat.
Mereka juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#tawaran kerja
#penuntut rugi
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan