awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Mek Mulung Afrot: Asmidar perkukuh misi pelestarian JKKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan

Bernama
Bernama
05/01/2026
14:00 MYT
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Chen Tang Jie (kanan) dan Ee Wei (kiri) beraksi pada sesi latihan rasmi dan ujian gelanggang sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, berharap musim 2026 akan menjadi tahun yang sihat, seimbang, dan menyeronokkan di gelanggang.

Ringkasan AI
  • Toh Ee Wei berharap musim 2026 menyeronokkan dan sihat di gelanggang badminton, fokus untuk mengurangkan tekanan dan menikmati permainan dengan lebih gembira.
  • Pasangan Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie, juara dunia 2025, hanya meraih satu kejuaraan sejak itu, berharap untuk berprestasi cemerlang pada Terbuka Malaysia 2026.
  • Meskipun memiliki rekod 6-0 menentang Indonesia, pasangan tersebut bersedia untuk perlawanan sengit dan berharap badminton terus menjadi pengikat rakyat Malaysia serta dapat menginspirasi masyarakat dengan semangat sukan.

Mengakui tekanan tinggi dan harapan sendiri memberi kesan baru-baru ini, Ee Wei berkata beliau kini menumpukan usaha untuk mengurangkan tekanan dan menemui semula keseronokan bermain badminton.
"Baru-baru ini, kami meletakkan terlalu banyak tekanan kepada diri sendiri, tetapi kini kami mahu menikmati permainan badminton dengan lebih gembira," katanya kepada pemberita selepas sesi ujian gelanggang menjelang Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Pasangan itu, yang dinobatkan sebagai juara dunia 2025 di Paris bersama Chen Tang Jie pada Ogos lalu, hanya meraih satu kejuaraan sejak itu -- Terbuka Australia 2025 pada November -- dan sekadar memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Thailand 2025 bulan lalu walaupun mereka diletakkan sebagai pilihan utama.
Ditanya mengenai jangkaan mereka pada Terbuka Malaysia 2026, Ee Wei berharap dapat memberikan prestasi terbaik pada pembuka musim dan membawa kegembiraan kepada peminat di tanah air.
Selain sasaran peribadi, pemain berusia 25 tahun itu juga berharap badminton terus menjadi pengikat rakyat Malaysia, meyakini bahawa sukan itu dapat menginspirasi orang ramai apabila dimainkan dengan kebebasan dan semangat.
Mengenai perlawanan pembukaan mereka menentang Indonesia, Jafar Hidayatullah dan Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, Tang Jie menjangkakan perlawanan sengit walaupun mereka mempunyai rekod 6-0 dalam pertemuan sebelum ini.
"Sentiasa sukar bermain menentang mereka, tetapi kami akan bersedia dan memberikan segalanya untuk cuba menang," katanya.
Terbuka Malaysia 2026 akan berlangsung mulai esok sehingga 11 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#prestasi terbaik
#sasaran peribadi
#beregu campuran negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan