awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut universiti swasta didenda RM5,000 cabul wanita AS dalam LRT

Bernama
Bernama
09/05/2025
10:10 MYT
Penuntut universiti swasta didenda RM5,000 cabul wanita AS dalam LRT
Rahman Md Moshiur dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti swasta didenda RM5,000 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencabul seorang ahli patologi wanita warga Amerika Syarikat di dalam koc tren aliran transit ringan (LRT) awal tahun ini.

Ringkasan AI
  • Seorang penuntut universiti swasta, Rahman Md Moshiur, didenda RM5,000 atau dipenjara dua bulan kerana mencabul seorang ahli patologi wanita warga Amerika Syarikat di dalam tren LRT.
  • Rahman mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 26 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya.
  • Tertuduh memohon hukuman denda yang ringan atas alasan telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa hadapan.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas Rahman Md Moshiur, 28, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Warga Bangladesh itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam gerabak tren dari Stesen Universiti yang menghala ke Stesen Bangsar pada 9 pagi 9 Jan lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Poad memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, pula memohon hukuman denda yang ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama di masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#wanita AS
#kes cabul
#LRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami