awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan pembetung sebagai langkah jangka pendek selesaikan banjir di Kuala Selangor - Dr Dzul

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2020
08:50 MYT
Penutupan pembetung sebagai langkah jangka pendek selesaikan banjir di Kuala Selangor - Dr Dzul
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad ketika meninjau lokasi projek tebatan banjir di sekitar Ijok. - Foto Pejabat Parlimen Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR:Kerja-kerja penutupan pembetung di Loji Air Bukit Timah dan Parit Mahang di sini, dijangka dapat menjadi penyelesaian jangka pendek terhadap masalah banjir yang dialami penduduk setempat sekian lamanya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, tindakan itu dilakukan selepas mengambil kira kadar kekerapan banjir yang tinggi, iaitu sebanyak tujuh kali untuk tahun ini sahaja.
Dr Dzulkefly berkata, beliau telah pun mengadakan perbincangan wakil Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk Pegawai Daerah dan Jurutera Daerah bagi mempercepatkan proses penutupan pembetung itu.
“Betul penyelesaian menutup pembetung sebanyak empat atau lima buah itu, sama ada di Loji Air Bukit Timah dan juga di Parit Mahang itu adalah jangka pendek. Saya memahami. Tapi inilah yang rakyat saya mahu dengar. Jangka pendek dahulu sebelum datangnya jangka panjang dahulu. Sebab mereka takut untuk berdepan dengan banjir lagi.
“Terdekat ini saya kira mustahak untuk penggemblengan seluruh tenaga, membina ban yang kita akan gunakan pasir dan juga sandbag itu, untuk kita segera laksanakan dalam waktu terdekat supaya ia akan dapat meninggikan ban ini, di tepi-tepi tebing sungai di Ijok mahupun Jalan Bahagia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Media hari ini melaporkan setakat ini mangsa banjir di Kuala Selangor kekal 96 orang, dan kesemua mereka masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, atas faktor keselamatan.
Bagaimanapun, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal dilaporkan berkata, pemantauan mendapati cuaca dalam keadaan baik dan paras air mulai surut berbanding hari sebelumnya.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya kini sedang dalam perbincangan dengan PBT dan Pegawai Daerah bagi melaksanakan projek tebatan banjir sebagai langkah jangka panjang untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk Kuala Selangor sejak sekian lama.
Topic Berkaitan
#Kuala Selangor
#Parlimen Kuala Selangor
#banjir
#Dr Dzulkefly Ahmad
#mangsa banjir
#Astro Awani
#keselamatan
#Parlimen
#mangsa
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan