Laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) antara Bukit Lanjan dan Shah Alam akan ditutup sementara pada 13 Mac ini bagi memberi laluan kepada acara Larian Amal dan Karnival oleh UEM Group.
Justeru PLUS Malaysia Berhad (PLUS), menasihati orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan sepanjang penutupan tersebut.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid, penutupan NKVE pada hari tersebut akan bermula pada jam 12:30 pagi hingga jam 10 pagi.
"Penutupan laluan membabitkan Persimpangan Bertingkat Subang, Persimpangan Bertingkat Damansara, Persimpang Bertingkat Kota Damasara serta sebahagian daripada Persimpangan Bertingkat Bukit Lanjan dan Shah Alam," kata Noorizah pada sesi taklimat media di Petaling Jaya pada Rabu.
Jelasnya, orang ramai dari arah Utara masih boleh terus ke Kuala Lumpur menerusi Plaza Tol Jalan Duta yang beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, pengguna dari arah Utara yang mahu ke Lebuhraya ELITE, KLIA, Seremban dan destinasi lain di Selatan perlu keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan dan menggunakan Lebuhraya Guthrie sebelum memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam.
Sementara itu, bagi kenderaan dari arah Lebuhraya ELITE yang menghala ke utara, mereka perlu keluar di Plaza Tol Shah Alam sebelum menggunakan Lebuhraya Guthrie dan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utara.
"PLUS akan bekerjasama dengan pihak Polis dan pihak lain termasuk anggota RELA, dan pasukan Paramedik dalam memastikan kelancaran acara larian dan trafik pada masa sama membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan tersebut," kata Noorizah.
Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada jam 10 pagi, selepas berakhirnya program Larian Amal tersebut.
Dania Zainuddin
Wed Mar 02 2016

Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada jam 10 pagi, selepas berakhirnya program Larian Amal tersebut. - Gambar Fail

COVID-19: Vietnam perlu bersedia untuk 30,000 kes - Kerajaan
Negara itu menyaksikan kes harian tertinggi pada Khamis iaitu sebanyak 83.

Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin
Neelofa sahkan hubungannya dengan pendakwah bebas, PU Riz sangat baik dan positif.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.
![[INFOGRAFIK] Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia (2015-2020) [INFOGRAFIK] Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia (2015-2020)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887559/8967789641611828197024_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia (2015-2020)

Cerita Sebalik Berita: Op Benteng | Cabaran kawal sempadan negara
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

COVID-19: 4,094 kes baharu, 10 kematian
Malaysia merekodkan pertambahan 4,094 jangkitan baharu COVID-19 dalam tenmpoh 24 jam lalu.

PKP 2.0: Semua aktiviti perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, langkah itu bagi menyelaraskan semula waktu operasi perniagaan membabitkan semua sektor yang diluluskan sebelum ini.

5 skandal rasuah terbesar dunia pada 2020
Biarpun dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan serta 'lockdown', skandal rasuah masih berleluasa di seantero dunia.

Kerajaan Perak kesal segelintir peniaga diskriminasi petugas barisan hadapan
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir pihak yang memandang serong kakitangan barisan hadapan termasuk kakitangan penjara dan kem tahanan yang terpaksa berhadapan dengan kes COVID-19.

Rasuah | Penghalang keupayaan negara membendung COVID-19
Negara yang mempunyai kurang rasuah dan penyelewengan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk membendung pandemik COVID-19. Menurut Transparency International, ini kerana negara negara tersebut berupaya melabur lebih ke dalam sektor kesihatan, dan memberikan penjagaan kesihatan percuma kepada rakyat.

Penutupan sementara laluan NKVE (Bukit Lanjan-Shah Alam) pada 13 Mac - PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS), menasihati orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan sepanjang penutupan tersebut.

Treler melintang di Lebuhraya Damansara-Puchong
Sebuah treler melintang di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Plaza Tol Penchala menuju ke Damansara pada pukul 2 petang hari ini.