KUCHING: Sarawak perlu berhati-hati dan bersedia dalam menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negeri itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai penyakit itu dan Sarawak akan bertindak berdasarkan maklumat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Berdasarkan pengalaman kita dengan COVID-19 sebelum ini, kita perlu berjaga-jaga dan tunggu pandangan WHO untuk mengetahui apakah penyakit X ini. Adakah ia penyakit demam atau flu.
"Apabila sudah tahu maklumat terperinci baru kita boleh bertindak dan kenal pasti vaksin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Dan Usahawan 2023 di sini hari ini.
Penyakit X merupakan nama yang dicipta WHO pada 2018 untuk sejenis patogen yang tidak diketahui, dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.
Walaupun sifat dan waktu penyakit X masih belum dikenal pasti, dilaporkan pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan tentang impak penyakit berkenaan.
Sementara itu, Abang Johari berkata Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) yang dijangka siap pada 2026 boleh menjadi sebuah pusat penyelidikan vaksin termasuk bagi penyakit X.
"Dulu kita ada isu untuk dapatkan vaksin COVID-19 tetapi kali ini kita dah ada SIDC dan mempunyai tenaga pakar.
"SIDC dan pakar kita akan dapat melakukan penyelidikan bukan sahaja untuk aspek penyembuhan tetapi juga vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Abang Johari berkata buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai penyakit itu dan Sarawak akan bertindak berdasarkan maklumat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail/Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Penyakit X: Sarawak berhati-hati dan bersedia - Abang Jo
Sarawak perlu berhati-hati dan bersedia dalam menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negeri itu.
KKM waspada kemungkinan timbul penyakit X di Malaysia - KP Kesihatan
KKM sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini.
KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
KKM bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.