awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyalahgunaan dadah di Melaka meningkat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/11/2020
13:02 MYT
Penyalahgunaan dadah di Melaka meningkat
Antara dadah yang dirampas termasuk syabu, heroin, ganja, ketamin, serbuk ekstasi, pil yaba, Erimin-5, cecair kodein selain air serta daun ketum dengan jumlah rampasan bernilai RM3.44 juta. -Gambar fail
AYER KEROH:Polis Melaka menahan seramai 3,448 individu termasuk pelajar sekolah yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta aktiviti pengedaran sejak awal Januari lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, angka itu menunjukkan peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding tahun sebelum ini dan hampir kesemua mereka yang dicekup merupakan penganggur.
Beliau berkata, mengikut pecahan, seramai 689 dicekup bagi kategori bekalan, memiliki dadah (1,315), memasukkan dadah dalam badan (1,402) dan tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (42).
"Bagi pengedar dadah, individu berusia antara 30 hingga 55 tahun merupakan golongan yang sering dikesan terlibat dengan aktiviti terlarang itu.
"Daerah Melaka Tengah mencatatkan rekod tertinggi kes pengedaran dadah disebabkan faktor kuasa membeli di daerah itu dan kesemua bahan terlarang berkenaan dikesan dibawa masuk dari kawasan Lembah Klang, Selangor dan Johor melalui jalan darat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Jumaat.
Mengulas lanjut ujarnya, antara dadah yang dirampas termasuk syabu, heroin, ganja, ketamin, serbuk ekstasi, pil yaba, Erimin-5, cecair kodein selain air serta daun ketum dengan jumlah rampasan bernilai RM3.44 juta.
Pihaknya turut merampas pelbagai barangan yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut dengan nilai sitaan keseluruhan RM1. 65 juta.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#Syabu
#sekolah
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan