Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Penyampai radio RED FM RTM Sarawak Azrani Azmi meninggal dunia

Penyampai RED FM RTM Kuching, Azrani Azmi
Menurut adiknya, Azrani (gambar) tiada penyakit yang kritikal tetapi memang mempunyai penyakit darah tinggi. - Foto RTM
Advertisement

KUCHING: Penyampai radio RED FM Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Azrani Azmi, 47, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak, di sini, malam tadi.

Adiknya, NurFarrah Hanna Azmi berkata Allahyarham ditemukan rakan sekerja kira-kira 8.40 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Buat masa ini (pagi ini), pihak keluarga masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Arwah tiada penyakit yang kritikal tetapi memang mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement