KUALA LUMPUR: Rekod perakaunan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Dis 2022 diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini, demikian menurut kenyataan Ketua Audit Negara.
Menurut kenyataan itu, secara keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan satu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun tersebut.
Sehubungan itu, Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran dengan perenggan Hal-hal Lain telah dikeluarkan.
Menurut kenyataan itu lagi, LKAN mendapati bagi 2022, hasil Kerajaan Persekutuan berjumlah RM294.357 bilion, iaitu peningkatan RM60.605 bilion atau 25.9 peratus berbanding 2021 (RM233.752 bilion).
"Peruntukan muktamad perbelanjaan mengurus yang diluluskan RM236.966 bilion, manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM292.693 bilion dan lebihan hasil RM1.664 bilion telah dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan menjadikan perbelanjaan mengurus sebenar pada 2022 berjumlah RM294.357 bilion.
"Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap merupakan perbelanjaan tertinggi RM170.243 bilion atau 57.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang di Dewan Rakyat hari ini.
LKAN dibentangkan di Parlimen setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 26 Sept lepas dan laporan itu mengandungi 15 naskhah membabitkan dua di peringkat Persekutuan iaitu Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021.
Sebanyak 13 naskhah lagi adalah LKAN peringkat negeri mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2022.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menyatakan perbelanjaan pembangunan kementerian dan jabatan Persekutuan yang dibelanjakan berjumlah RM71.574 bilion (104.5 peratus) berbanding peruntukan diluluskan, termasuk perbelanjaan pembangunan RM6.068 bilion yang dikenakan dalam tempoh Akaun Kena Bayar.
Bagi perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 pada 2022 berjumlah RM30.979 bilion, perbelanjaan tertinggi melibatkan Program Sokongan Bantuan Sosial untuk Golongan Mudah Terjejas (RM9.043 bilion), dan Program Bantuan Prihatin Nasional (RM7.910 bilion).
"Program Diskaun Bil Elektrik (RM5.876 bilion), Program Subsidi Upah, Insentif Pengekalan Pekerjaan dan Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (RM2.323 bilion) dan Program Peruntukan bagi Perbelanjaan Berkaitan Covid-19 (RM1.848 bilion)," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga terus berada dalam kedudukan defisit berjumlah RM99.482 bilion dengan nisbah 5.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2022, manakala hutang Persekutuan pada akhir tahun 2022 adalah RM1,079.591 bilion, iaitu meningkat RM99.777 bilion (10.2 peratus).
Kedudukan Liabiliti Persekutuan pula berjumlah RM1.399 trilion, iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus (2021: RM1.305 trilion) yang menyaksikan nisbah Liabiliti Persekutuan kepada KDNK adalah 78.1 peratus, iaitu menurun berbanding 84.3 peratus pada 2021.
Sementara itu, LKAN bagi Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 yang sepatutnya dibentangkan pada Mac lepas telah dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat pada kali ini.
Kenyataan itu menyatakan, setakat 31 Dis 2022, sebanyak 141 penyata kewangan siap diaudit dan dikeluarkan Sijil Ketua Audit Negara manakala empat penyata kewangan masih dalam proses pengauditan.
"Daripada 141 penyata kewangan tersebut, 102 penyata kewangan telah diberikan Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran, 21 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Tanpa Teguran dengan perenggan Penegasan Perkara dan 18 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Berteguran.
"Pengauditan pematuhan turut dijalankan terhadap lapan agensi Persekutuan melibatkan sejumlah 13 isu yang dibangkitkan dan setakat semalam (9 Okt), sebanyak empat isu atau 31 peratus selesai manakala sembilan isu (69 peratus) sedang dalam tindakan agensi Persekutuan berkenaan.
Menurut LKAN, antara isu berbangkit termasuk pembayaran tidak teratur, kehilangan hasil dan isu pengurusan signifikan.
LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN mengenai Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara mulai pukul 10 pagi hari ini.
LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 13 negeri akan dimuat naik di laman web sama, selepas pembentangan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Secara keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan satu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun tersebut. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Kehilangan dana awam RM681.71juta merugikan rakyat - Ahmad Maslan
Kehilangan atau kerugian wang awam sebanyak RM681.71juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, merugikan rakyat selain menimbulkan persoalan kerana ketirisan berlaku setiap tahun.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
LKAN: Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang memuaskan
Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang adalah memuaskan, demikian dapatan LKAN 2022.
LKAN: Kerja naik taraf bangunan daif di sekolah kurang memuaskan
Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
LKAN 2022: Kegagalan kontraktor bekal senjata api, KDN rugi lebih RM6 juta
Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Laporan Ketua Audit: Seorang penjawat awam dihadap ke mahkamah, 25 kena tatatertib
Seorang penjawat awam dituduh di mahkamah, manakala 25 orang lagi dikenakan tindakan tatatertib susulan daripada 12 isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).