awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelarasan harga kawalan maksimum benih padi, pihak berkuasa perlu pantau - Petani

Bernama
Bernama
21/10/2023
08:30 MYT
Penyelarasan harga kawalan maksimum benih padi, pihak berkuasa perlu pantau - Petani
Golongan petani tidak mahu pihak tertentu memanipulasi harga sehingga melebihi kadar maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah seperti diumumkan kerajaan. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Pihak penguat kuasa perlu membuat pemantauan bagi memastikan bekalan padi daripada pihak pengilang menepati kadar harga ditetapkan, susulan langkah kerajaan menyelaraskan harga kawalan maksimum baharu bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) di Semenanjung berkuat kuasa semalam.
Golongan petani berpendapat langkah itu bagi mengelakkan pihak tertentu memanipulasi harga sehingga melebihi kadar maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah seperti diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semalam iaitu daripada RM31 kepada RM40 per kampit 20 kilogram (kg)
"Walaupun harga benih padi diselaraskan, pihak berkuasa perlu lakukan pemantauan rapi bagi memastikan benih itu ada di pasaran pada kadar harga yang ditetapkan kerajaan," kata Azhar Hashim, petani dari Bagan Serai, Perak.
Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob berkata inisiatif itu sememangnya sedikit sebanyak membantu golongan petani, namun masih belum dapat mengimbangi antara pendapatan dengan kos operasi.
Beliau berkata pihaknya memohon penyelesaian jangka panjang bagi meringankan beban petani yang dihimpit kenaikan kos operasi seperti sewa tanah, upah jentera, racun dan pelbagai input pertanian.
"Pengumuman harga maksimum benih padi itu bermakna berlaku kenaikan kos 50 sen atau 30 peratus untuk setiap kilogram padi benih yang perlu dibeli petani pada setiap awal musim .... Yang saya kata tak dapat mengimbangi (antara pendapatan dengan kos) itu apabila kos ini dicampur dengan kos operasi yang semakin meningkat," katanya hari ini.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada program Demonstrasi Keluhan Petani yang melibatkan kira-kira 100 petani di Kampung Teluk Jamat di sini, Abdul Rashid berkata walaupun kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi, pihaknya berharap kadar itu dinaikkan sekurang-kurangnya RM1,500 per tan metrik bagi meningkatkan pendapatan petani.
Semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan metrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawah
#isu beras
#harga benih padi
#Insentif Benih Padi Sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan