awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta Pekerja Gig dikuatkuasakan selewat-lewatnya penghujung Mac - Ramanan
Bicara kes rasuah pengarah Hydroshoppe pada 7 Mei
Tuduhan tidak berasas, keputusan mahkamah berpihak kepada suami pengasas Dnars
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup dadah biar lembu, kambing kelaparan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2025
07:40 MYT
Penyeludup dadah biar lembu, kambing kelaparan
Mohd Yusoff (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan pada Khamis.
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesan taktik baharu yang digunakan sindiket penyeludupan dadah dengan menggunakan lembu dan kambing, sehingga sanggup membiarkan haiwan ternakan itu kelaparan bagi memastikan tiada pembuangan najis berlaku sepanjang tempoh kuarantin selama dua minggu.

Ringkasan AI
  • Polis Kelantan mengesan taktik baharu sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan lembu dan kambing, dipercayai dengan memasukkan dadah ke dalam badan haiwan sebelum dibawa masuk secara sah melalui permit.
  • Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan ada pemilik yang sengaja tidak memberi makan kepada haiwan ternakan semasa tempoh kuarantin dua minggu bagi mengelakkan pembuangan najis yang boleh mendedahkan penyeludupan.
  • Polis sedang menjalankan siasatan dan pemantauan serta akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, khususnya di kawasan sempadan seperti Pasir Mas dan Tanah Merah yang aktif dengan kemasukan haiwan dari negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ternakan terbabit dibawa masuk secara sah menggunakan permit, tetapi perlu dikuarantin terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Bukti masih belum ditemui tetapi kami mendapat maklumat terkini dan sedang menjalankan siasatan.
“Dadah terbabit dipercayai dimasukkan ke dalam badan haiwan ternakan dan dibawa masuk secara sah.
“Kemudian lembu dan kambing itu akan dikuarantin, dan kami mendapat maklumat bahawa pemilik sepatutnya memberi makan serta minum kepada haiwan terbabit sepanjang tempoh dua minggu mereka berada di situ,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.
Sebelum itu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Menurutnya, pemerhatian mendapati ada pemilik yang sengaja tidak memberi makan kepada haiwan ternakan itu, dipercayai bagi mengelakkan haiwan berkenaan membuang najis.
Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sedang menjalankan pemantauan dan akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Dalam perkembangan sama, katanya, penyeludupan dadah menggunakan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dipercayai berlaku kerana faktor Sungai Golok yang sempit dan cetek.
“Terutamanya melibatkan kawasan di sebelah Pasir Mas dan Tanah Merah, di mana kami mengesan banyak aktiviti membawa masuk haiwan ternakan dari negara jiran,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#penyeludupan dadah
#kambing
#najis lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan