awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup salur petrol guna saluran paip dasar Sungai Golok ke negara jiran

Bernama
Bernama
28/10/2021
04:30 MYT
Penyeludup salur petrol guna saluran paip dasar Sungai Golok ke negara jiran
Modus operandi penyeludup itu dikesan oleh sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang. - Foto fail/BERNAMA
PASIR MAS: Batalion Ke 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) yang menjalankan Op Benteng COVID di sempadan Malaysia-Thailand berjaya mengesan modus operandi terbaru penyeludup bahan api iaitu dengan menyalurkan terus petrol ke negara jiran menggunakan saluran paip.
Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata saluran paip getah sepanjang 300 meter itu disambung merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.
Beliau berkata modus operandi penyeludup itu dikesan oleh sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang, dekat sini, semalam.
"Anggota pasukan telah mengesan sebuah kenderaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 9 pagi yang memasuki pangkalan haram. Pegawai dan anggota yang membuat pemerhatian kemudiannya telah menyerbu kenderaan itu.
"Pemeriksaan di dalam kenderaan membawa kepada penemuan dua tong berwarna putih berisi petrol. Berhampiran kawasan itu juga dijumpai dua lagi tong berisi petrol dan enjin pam lengkap dengan paip getah menuju ke pembentong simen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya pemeriksaan lanjut di dalam lubang pembentong itu pula menemukan satu lagi enjin pam dengan saluran paip dipasang menuju ke dasar sungai, terus ke tebing sungai di negara jiran, disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan bahan api.
Nor Azizan berkata susulan kejadian itu pemandu kenderaan berusia 40-an ditahan untuk sial siasat di Balai Polis Rantau Panjang manakala semua barangan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan itu telah dirampas.
"Anggaran rampasan adalah RM15,522 termasuk kenderaan, petrol serta peralatan yang digunakan. Kesemua barang dan kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA9
#petrol
#seludup
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan