Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa menjaga kedaulatan perlembagaan negara, sentiasa menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
"Platform UMNO adalah sangat tidak sesuai untuk ahli politik sedemikian.
"Saya juga khuatir Kit Siang akan mengambil kesempatan dalam usaha membela anaknya yang kini menghadapi dakwaan di mahkamah serta terus menerus bertindak licik untuk memecahbelahkan perpaduan politik orang Melayu dalam percubaan DAP menguasai politik negara," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
BACA: UMNO, BN jelajah seluruh negara jelas kerugian tukaran wang asing Bank Negara
BACA: Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Kit Siang berucap di siri jelajah UMNO dan BN memberi penerangan berhubung pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Lim dalam satu kenyataan hari ini dipetik sebagai menawarkan dirinya berucap di siri jelajah tersebut yang akan bermula di Hulu Selangor pada 25 Feb ini.
Menurut Annuar bagaimanapun beliau menghargai cadangan penasihat DAP tersebut kerana ia menunjukkan pengiktirafannya akan pentingnya siri penerangan UMNO hingga beliau sanggup mengubah jadualnya bagi menyertai siri jelajah tersebut.
Bernama
Mon Feb 20 2017
ANNUAR: Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penyertaan Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO isu kerugian forex tidak sesuai
Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
FAM perlu perubahan positif menerusi pucuk pimpinan baharu - Peter Velappan
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata ini kerana, semua pihak mahu melihat perubahan itu dan pucuk pimpinan baharu FAM harus merealisasikannya.
The Red Warriors terima 'Duit Raya' RM600,000
Bonus itu sebagai penghargaan kepada barisan pemain yang bertungkus-lumus mengekalkan kejuaraan itu, sekali gus menaikkan nama pasukan.