awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji penyaluran bantuan Sejahtera MADANI pelajar sekolah menengah
Inisiatif bas sekolah percuma akan diperluaskan - Abang Johari
Bursa Malaysia naik pada paras tertinggi baharu dalam enam tahun susulan minat belian berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan Salleh Keruak dalam PKR bimbangkan pemimpin, ahli

Bernama
Bernama
08/10/2019
06:54 MYT
Penyertaan Salleh Keruak dalam PKR bimbangkan pemimpin, ahli
Hasrat Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR cetus keresahan dalam kalangan pemimpin dan ahli. - Gambar fail
Permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak yang ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kebimbangan di kalangan pimpinan serta ahli parti itu terutama di negeri ini, kata Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud.
Mustapha yang juga Ketua Cabang Kota Belud berkata, kemasukan Salleh yang sebelum ini dikenali sebagai 'The Last Samurai For Najib' dikhuatiri menjadi liabiliti kepada PKR yang dikenali sebagai parti penggerak reformasi dan politik perubahan berdasarkan nilai kebenaran dan keadilan.
"Pengalaman dalam membina semula Kota Belud dengan membawa politik nilai (kebenaran dan keadilan) yang bertembung dengan budaya politik wang yang mengakar di bawah pimpinan lama memang sukar untuk dilupakan.
"Perjuangan reformasi yang kita angkat diperlekeh dan wang menjadi taruhan utama untuk mempertahankan kuasa. Saya boleh memaafkan tetapi amat sukar untuk melupakan sejarah pemimpin yang sentiasa menafikan potensi pimpinan terutama di kalangan generasi muda. Saya boleh berjiwa besar tapi tidak akan berkompromi dengan prinsip perjuangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan Salleh secara dalam talian untuk menganggotai PKR.
Sehubungan itu, Mustapha berharap pimpinan parti perlu menilai secara adil antara pejuang reformasi dan 'The Lost Samurai' itu.
Beliau berkata, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina walaupun dikatakan lemah tetapi tercatat dalam sejarah sebagai Pengerusi PKR Negeri yang berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Naaional setelah berjuang selama 20 tahun.
Katanya, hubungan baik dengan Ketua Menteri Sabah telah banyak membuka ruang kepada pimpinan dan ahli-ahli parti mendapat manfaat sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan Negeri.
"Ironinya yang mendapat dan menikmati jawatan penting yang disokong beliau (Christina) selaku Timbalan Ketua Menteri sekarang ini menjadi penyokong utama kemasukan Datuk Salleh ke dalam parti," katanya.
Justeru, beliau berharap pimpinan PKR Pusat terutama Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang adil.
"Kami sayangkan parti yang kami dokong sejak 20 tahun dan mahukan agar laluan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan dipermudahkan.
"Jangan persiakan harapan rakyat yang ingin melihat politik perubahan berlaku. Ramai lagi pejuang-pejuang yang tidak didendang perlu diberi perhatian daripada menambah liabiliti kepada parti," kata Mustapha. - BERNAMA
BACA: PKR belum lulus penyertaan Salleh Said Keruak
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kota Belud
#Mustapha Sakmud
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Sabah
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan