awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia naik pada paras tertinggi baharu dalam enam tahun susulan minat belian berterusan

Bernama
Bernama
12/01/2026
14:10 MYT
Bursa Malaysia naik pada paras tertinggi baharu dalam enam tahun susulan minat belian berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.90 mata atau 0.53 peratus kepada 1,695.44 daripada 1,686.54 semasa ditutup Jumaat lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.90 mata atau 0.53 peratus kepada 1,695.44 daripada 1,686.54 semasa ditutup Jumaat lepas. Indeks itu melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 1,693.99 yang direkodkan pada 4 Mac 2019.
Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 0.53 mata kepada 1,687.07 dan diniagakan dalam julat 1,686.57 hingga 1,697.78 sepanjang sesi dagangan.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 641 berbanding 467 manakala kira-kira 534 kaunter tidak berubah, 1,008 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.09 bilion unit bernilai RM2.72 bilion daripada 2.83 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Jumaat lepas.
Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI pada masa ini telah ditutup melebihi paras prapandemik, menandakan pemulihan sepenuhnya daripada kejutan akibat COVID-19.
Beliau berkata Bursa Malaysia memulakan minggu ini lebih kukuh dengan FBM KLCI, Indeks FBM Mid 70 dan Indeks FBM Small Cap melanjutkan momentum meningkat dalam keadaan pertambahan minat risiko serantau.
Katanya ini disokong oleh kekukuhan data ekonomi domestik yang dikeluarkan pada Jumaat lepas sekali gus menambah keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.
"Dengan unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat 2025 yang dijadual dikeluarkan Jumaat ini, kami menjangka pertumbuhan kira-kira lima peratus dengan pengembangan sekitar 4.8 peratus bagi 2025.
"Ini sekali gus mengukuhkan pandangan bahawa pemulihan adalah berdaya tahan dan dipacu aktiviti domestik," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup tinggi, didorong oleh kenaikan saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) di China susulan keyakinan yang meningkat terhadap sektor berkenaan serta pengukuhan mata wang tempatan berbanding dolar AS.
"Pada masa hadapan, indeks FBM KLCI semakin hampir ke paras 1,700 mata, yang akan menjadi tahap rintangan penting. Buat masa ini, kami menjangka indeks berkenaan bergerak dalam julat 1,680 hingga 1,700 mata minggu ini," katanya.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM10.94, Public Bank naik satu sen kepada RM4.59, CIMB mengukuh enam sen kepada RM8.21, Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM13.60, dan IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM8.55.
Bagi saham paling aktif, Zetrix AI dan Capital A masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 84.5 sen dan 42 sen. Ingenieur naik satu sen kepada empat sen manakala MMAG rendah setengah sen kepada enam sen, dan Tanco menyusut empat sen kepada RM1.19.
Bagi saham paling rugi, Nestle rendah RM1.0 kepada RM120, Malaysian Pacific Industries susut 32 sen kepada RM32.98, Far East Holdings menyusut 30 sen kepada RM4.10, BLD Plantation rendah 20 sen kepada RM15.60 dan Vitrox berkurangan 14 sen kepada RM4.55.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.26 mata kepada 12,530.77, Indeks FBM Top 100 menokok 67.34 mata kepada 12,319.59, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 68.96 mata kepada 12,316.87.
Indeks FBM Mid 70 melonjak 107.94 mata kepada 17,557.19 dan Indeks FBM ACE menambah 3.29 mata kepada 5,004.78.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 143.31 mata kepada 20,186.26, Indeks Tenaga meningkat 3.25 mata kepada 784.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.36 mata kepada 172.97 manakala Indeks Perladangan menokok 169.70 mata kepada 8,660.28.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.67 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 1.54 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Jumaat lepas.
Jumlah dagangan waran menokok kepada 918.93 juta unit bernilai RM123.27 juta daripada 804.62 juta unit bernilai RM101.94 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 501.69 juta unit bernilai RM170.29 juta daripada 485.58 juta unit bernilai RM192.54 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 225.39 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (305.58 juta), pembinaan (118.83 juta), teknologi (321.47 juta), perkhidmatan kewangan (119.22 juta), hartanah (225.01 juta), perladangan (38.08 juta), amanah pelaburan hartanah (22.95 juta), dana tertutup (121,800), tenaga (97.84 juta), penjagaan kesihatan (116.26 juta), telekomunikasi dan media (16.99 juta), pengangkutan dan logistik (40.10 juta), utiliti (27.20 juta), dan amanah perniagaan (21,200).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#paras tertinggi
#fbm klci
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan