awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak

Bernama
Bernama
01/11/2024
09:30 MYT
Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak
Muhammad Wan Azhar Azman (kiri) yang bekerja di sebuah restoran makanan segera membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang penyewa kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah kereta dan memandu kenderaan itu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang lelaki yang berpaut pada bonet kereta tercampak dan cedera parah, minggu lepas.
Muhammad Wan Azhar Azman, 20, yang bekerja di sebuah restoran makanan segera membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mahkamah yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, menetapkan 2 Dis ini untuk sebutan kes bagi fakta kes dan jatuh hukum serta menetapkan tarikh sama untuk mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Wan Azhar didakwa mencuri sebuah kereta jenis Honda Civic kepunyaan pemilik kereta sewa D. Joshua Jeyaseelan, 30, di lampu isyarat Lebuh Perdana Timur, Presint 15, Putrajaya pada 3.40 hingga 4 petang, 23 Okt lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh didenda.
Tertuduh juga didakwa memandu sebuah kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan rakan kongsi Joshua iaitu Mohamed Jalil Iskandar, 28, yang berpaut pada bonet kenderaan terbabit tercampak dan cedera parah, iaitu tertuduh mengetahui sekiranya perbuatannya itu menyebabkan kematian, maka dia akan bersalah bagi kesalahan membunuh.
Kesalahan itu dilakukan di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin tidak menawarkan jaminan, manakala Muhammad Wan Azhar yang tidak diwakili peguam memaklumkan tiada ahli keluarganya hadir di mahkamah hari ini kerana dia yang berasal dari Perak tinggal di sebuah asrama disediakan majikannya di Cyberjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi kereta sewa
#pemilik kereta
#lelaki tercampak
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan