awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong berdoa, berpelukan dengar keputusan pertuduhan rasuah VLN Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2022
04:10 MYT
Penyokong berdoa, berpelukan dengar keputusan pertuduhan rasuah VLN Zahid Hamidi
Penyokong Ahmad Zahid membaca doa tanda kesyukuran atas keputusan mahkamah sebentar tadi. -Astro AWANI
SHAH ALAM: Puluhan penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berdoa tanda kesyukuran di luar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Shah Alam selepas mendapat berita beliau dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negeri (VLN) pada Jumaat.
Penyokong Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berada di luar mahkamah sejak pagi dilihat gembira dan berpelukan sesama sendiri selepas mendapat khabar tersebut.
Bahkan, ada juga beberapa penyokong dilihat menangis apabila keputusan itu sampai kepada pengetahuan mereka.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, atas 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem VLN.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi kesemua tuduhan terhadap Presiden UMNO itu di akhir pendakwaan.
Setakat ini, penyokong masih berada di luar pagar menantikan ketibaan Ahmad Zahid dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat meninggalkan mahkamah kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohamad Hasan
#Visa Luar Negeri
#rasuah VLN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan