awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong bola sepak mengaku tidak bersalah miliki pisau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/10/2023
03:50 MYT
Penyokong bola sepak mengaku tidak bersalah miliki pisau
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. - Astro AWANI
IPOH: Seorang penyokong bola sepak yang ditahan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan memiliki sebilah pisau, Khamis lalu.
Tertuduh, Azrul Faiz Mohd Rosli, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa memilik sebilah pisau dalam beg pinggang berwarna hitam, di pintu B Stadium Indera Mulia, kira-kira jam 8.45 malam, 19 Oktober lalu.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan bapa kepada tiga orang anak itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin
Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Pendakwaan Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Kathan.
Terdahulu media melaporkan polis telah menahan dua lelaki melibatkan penyokong bola sepak dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak pada Khamis lalu.
Seorang daripada mereka telah dihukum denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, pada Jumaat.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah selepas didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas pegawai polis.
Topic Berkaitan
#penyokong bola sepak
#miliki pisau
#Azrul Faiz Mohd Rosli
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan