LONDON: Kelab England, Newcastle menyuarakan kebimbangan mereka berhubung laporan seorang penyokongnya ditikam di Milan pada Isnin malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai diserang oleh sekumpulan lelaki di pusat bandar sebelum perlawanan Liga Juara-Juara antara Magpies dengan AC Milan pada Selasa.
Gambar yang dimuat naik dalam talian menunjukkan seorang lelaki dengan badan berlumuran darah terbaring di tanah.
Seorang jurucakap Newcastle berkata: "Kami amat bimbang dengan laporan bahawa seorang penyokong telah diserang secara serius di Milan pada Isnin malam dan kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memahami keadaan.
"Ingatan kami bersama penyokong dan keluarganya, dan kami berharap agar penyokong itu pulih sepenuhnya dengan cepat."
Milano Today melaporkan lelaki itu telah ditikam dua kali di bahagian lengan dan sekali di belakang selain telah dibawa ke hospital, di mana keadaannya semakin baik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai diserang oleh sekumpulan lelaki di pusat bandar sebelum perlawanan Liga Juara-Juara antara Magpies dengan AC Milan pada Selasa. - Gambar hiasan
Asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi
Tidak sampai sebulan, bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi pada Selasa.
Pelakon dan penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia
Pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Jun 2024.
Tumpuan Rabu – 05 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBB nanti kepimpinan Malaysia untuk kukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN pada 2025
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menanti kepimpinan Malaysia bagi mengukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN dan menyuntik semangat baharu ke dalam respons antarabangsa kepada krisis.
KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun
10 Berita Pilihan - (04 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
Jumlah bom Israel yang digugurkan di Gaza melepasi Perang Dunia Kedua
Pada akhir April, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan kira-kira 70,000 tan bom dijatuhkan ke atas Gaza, meliputi tempoh enam bulan antara 7 Okt dan 24 April.
Penyokong Newcastle cedera ditikam menjelang aksi Liga Juara-Juara di Itali
Gambar yang dimuat naik dalam talian menunjukkan seorang lelaki dengan badan berlumuran darah terbaring di tanah.