Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tidak dikenakan bayaran lebih walaupun penyusutan nilai mata wang Ringgit menyebabkan kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan di negara ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos lebih tinggi berikutan penyusutan nilai Ringgit, namun kerajaan tidak merancang 'memindahkan' kenaikan kos itu kepada rakyat.
Bagaimanapun, katanya mereka yang mendapatkan rawatan daripada hospital swasta mungkin dikenakan bayaran lebih jika penyedia perkhidmatan itu tidak menyerap kenaikan kos itu.
"Kesan daripada keadaan ini ialah pesakit daripada sektor swasta, yang mungkin tidak dapat menampung kos lebih itu, akan berpindah ke hospital kerajaan...itu kemungkinan yang akan berlaku dan kita perlu bersedia," katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Ke-33 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini.
Dr Subramaniam berkata kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan itu adalah di luar kawalan kerajaan kerana penyusutan nilai mata wang berlaku hampir di seluruh dunia.
Kenaikan harga itu mungkin memberi kesan kepada ubat dan peralatan yang dihasilkan dalam negara.
"Ya, kemungkinan besar (harga naik) kerana banyak peralatan dan ubat kita beli dari luar negara. Ada yang diperbuat di sini seperti ubat generik tetapi bahan mentah untuk membuat ubat itu diimport," katanya.
Namun, beliau berkata kenaikan itu dijangka bersifat sementara dan tidak akan menyebabkan kekurangan bekalan ubat di negara ini.
Bernama
Sun Sep 27 2015
DR SUBRA: Kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan itu adalah di luar kawalan kerajaan kerana penyusutan nilai mata wang berlaku hampir di seluruh dunia.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam
Pengambilan ubat dengan menghantar SMS sebelum datang ke klinik kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah menggunakan khidmat Pos Laju akan diperkenalkan.
MIC siap siaga hadapi PRU14
Malaysian Indian Congress (MIC) sudah bersedia hadapi pilihan raya ke-14 dengan pimpinan yang lebih bersatu dari dahulu.
MIC perlu bijak urus persepsi negatif
MIC perlu bijak mengurus persepsi negatif yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak supaya rakyat mengetahui kedudukan sebenar berhubung sesuatu isu, kata presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN - Dr Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menyarankan semua parti komponen termasuk UMNO, MIC dan MCA bergerak sebagai satu Barisan Nasional (BN).
MIC minta Finas tidak asingkan kategori filem berdasarkan bahasa
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FMM) 201
Kementerian Kesihatan bantah cadangan penanaman ketum untuk eksport
Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.
Amalkan pemakanan sihat semasa musim perayaan - Dr S.Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri meminta orang ramai agar tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan kalori.
Tiada perintah mandatori untuk vaksin - Subramaniam
Suntikan vaksin tidak akan dikenakan perintah mandatori.
MIC akan adakan mesyuarat agung luar biasa 29 Mei
Dr Subramaniam berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan permintaan parti itu untuk menambah jumlah menteri dan timbalan menteri daripada MIC.
PM Najib arahkan Kementerian Kesihatan segera tangani masalah ICU HTAA, Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan.